Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Indonesia mempamerkan kekentalan tahap tertinggi apabila berjaya mengikat pasukan gergasi, Thailand 2-2 pada aksi Kejuaraan Futsal AFF 2022 yang berlangsung di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok sebentar tadi.
Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa aksi ketiga saingan kumpulan A melibatkan kedua-dua pasukan ini seperti pentas final dimana corak permainan pantas disajikan sebaik sahaja wisel permulaan ditiupkan pengadil dari Bahrain, Osama Saeed Idrees.
Malah, Indonesia mengejutkan penyokong tuan rumah seawal minit pertama selepas kuisan dilakukan Holypaul Septinus Soumilena terlucut daripada dakapan penjaga gol, Katawut Hankampa untuk meletakkan skuad kendalian Mohammad Hashemzadeh itu di hadapan.
Thailand yang memperkemaskan aksi selepas tersentak dengan jaringan tersebut memiliki peluang keemasan tetapi penjaga gol Indonesia, Muhammad Albagir begitu tangkas dalam menafikan…