Menteri ekonomi itu berkata, kerajaan dalam perancangan mengenal pasti tanah dengan keluasan sehingga 405 hektar di utara Perak bagi tujuan itu.

KUALA LUMPUR: Industri tebu akan dibangunkan semula untuk membantu memenuhi permintaan gula dalam negara, menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Malaysia bergantung sepenuhnya kepada import gula mentah dari Brazil, selepas penutupan ladang tebu Chuping, Perlis pada 2012.
Justeru, katanya, kerajaan dalam perancangan mengenal pasti tanah dengan keluasan sehingga 405 hektar di utara Perak bagi tujuan itu.
“Kita mengimport 100% gula mentah dan sudah tentu bila ada kenaikan harga ataupun isu (pergerakan) mata wang, minyak, maka kos perkapalan akan mahal.
“’Jadi, sekarang ada keperluan untuk kita menanam tebu dan rantaian ini akan disusun kerajaan supaya penanam (daripada golongan sasar) ada…
