
PETALING JAYA: Inflasi kekal pada tahap 2% pada Ogos, menurut Jabatan Perangkaan (DOSM) hari ini.
Menurutnya, indeks harga pengguna (CPI) berada pada 130.8 berbanding 128.2 pada bulan yang sama tahun lepas.
Kadar inflasi pada Ogos didorong oleh restoran dan hotel (4.7%, berbanding 5% pada Julai), makanan dan minuman bukan alkohol (4.1% berbanding 4.4%), serta pelbagai barangan dan perkhidmatan, dan kesihatan, yang masing-masing meningkat sebanyak 2.4%.
Kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol, yang menyumbang 29.5% daripada jumlah CPI, menyederhana daripada 4.4% pada Julai kepada 4.1% pada Ogos.
Sementara itu, inflasi komponen makanan di luar rumah mereda kepada 5.9% berbanding 6.2% pada bulan sebelumnya.
DOSM berkata, peningkatan inflasi komponen makanan di rumah didorong terutamanya oleh subkumpulan daging (5.8%); beras, roti dan bijirin lain (4%); serta susu, keju dan…
