Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Inflasi naik 1.6% bulan lalu, kata DOSM

today19 February 2026

Background


SARA BANTUAN 100
Ketua Perangkaan Mohd Uzir Mahidin, berkata pendidikan menokok 3.2%, perumahan, air, elektrik, gas, dan bahan api lain meningkat 1.2%, dan rekreasi, sukan dan budaya naik 0.9%.
KUALA LUMPUR:

Inflasi pada Januari lalu meningkat 1.6% dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 mata daripada 133.6 pada bulan sama tahun lalu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan, berkata ia didorong oleh empat kumpulan, didahului oleh penjagaan diri, perlindungan sosial, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang meningkat 6.6%, berbanding 5.7% pada Disember 2025.

Ini diikuti oleh pendidikan yang menokok 3.2% (Disember 2025: 2.8%), perumahan, air, elektrik, gas, dan bahan api lain meningkat 1.2% (Disember 2025: 0.9%), dan rekreasi, sukan dan budaya naik 0.9% (Disember 2025: 0.8%).

Minuman beralkohol dan tembakau (2.5%) serta kumpulan makanan dan minuman (1.5%) mencatatkan kenaikan, peningkatan sama dicatatkan bulan sebelumnya, katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

JDT jumpa Sanfrecce Hiroshima di pusingan 16 terbaik

Kuala Lumpur: Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berdepan ranjau berliku pada pusingan 16 terbaik saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila dijadual menentang kelab Jepun, Sanfrecce Hiroshima pada 3 Mac ini di Stadium Sultan Ibrahim sebelum sekali lagi bertemu 10 Mac di tempat lawan.

today19 February 2026