Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Inflasi Nov catat kadar perlahan 1.5%, menurut perangkaan

today22 December 2023

Background


Inflasi negara kekal rendah berbanding Filipina (4.1%), Vietnam (3.5%), Korea Selatan (3.3%), dan Indonesia (2.9%).

KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia terus merekodkan peningkatan pada kadar perlahan 1.5% bagi November 2023 dengan mata indeks mencatatkan 130.9, berbanding 129.0 pada bulan sama 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin, berkata peningkatan inflasi ini telah didorong kenaikan perlahan restoran dan hotel sebanyak 4.3% (Oktober 2023: 4.6%); makanan dan minuman bukan alkohol, 2.6% (Oktober 2023: 3.6%), dan kesihatan, 2.3% (Oktober 2023: 2.4%).

“Selain itu, beberapa kumpulan utama yang menunjukkan peningkatan adalah perumahan, air, elektrik, gas, dan bahan api lain, 1.7% (Oktober 2023: 1.6%) serta pengangkutan 0.1% (Oktober 2023: 0.0%),” katanya dalam kenyataan mengenai Indeks Harga Pengguna, Malaysia November 2023.

Beliau berkata, inflasi keseluruhan secara bulanan menunjukkan tiada perubahan pada November 2023 berbanding…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post