Pantang ada saja menu yang unik dan sedap, memang berpusu-pusu orang datang ke kedai. Maksudnya, marketing peniaga menjadi bukan?
Jadi, tidak hairanlah kalau makanan di Malaysia boleh tular sehingga menjadi perhatian pelancong dari negara lain.
Seperti sebuah video tular baru-baru ini yang memaparkan dua orang pempengaruh Itali terkedu selepas melihat ada peniaga Melayu menjual apam balik pizza.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @lionfieldmusic, kelihatan dua lelaki pempengaruh itu terkejut melihat inovasi yang dilakukan oleh peniaga di Malaysia yang menjual menu apam balik pizza.
Walau bagaimanapun, reaksi mereka seolah-olah tidak boleh menerima menu tersebut. Malah, salah seorang daripada mereka sempat berkata “I quit” sebelum video itu berakhir.