Baru-baru ini tular di sosial media foto dikongsikan oleh seorang cikgu prasekolah yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan.
Foto yang memaparkan dua murid kelihatan seperti ‘melecur’ itu dikatakan adalah hasil teknik solekan oleh cikgu bernama Hafizah Abd Rani, 36 tahun. Kreatif!

Difahamkan, kesan parut dan kecederaan akibat kebakaran itu menggunakan tisu tandas, gam serta tiga jenis warna yang dibelajar menerusi YouTube. Nampak real kan?
Lebih menarik, pakaian kedua murid itu juga turut ada kesan terbakar.
Cayalah!