Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Ingatkan Soal Adab & Sikap Bertimbang Rasa, Nur Fazura Kongsi ‘Pet Peeves’

today17 December 2025

Background

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura, mencuri perhatian netizen apabila berkongsi senarai ‘pet peeves’ atau perkara kecil yang boleh mencetuskan rasa kurang senang dalam kehidupan sehariannya.

Menerusi perkongsian di Threads, Fazura secara terbuka menyenaraikan beberapa sikap menjengkelkan khususnya ketika berinteraksi atau keluar bersama orang lain.

Antara perkara yang paling mengganggu perhatiannya adalah sikap tidak beradab ketika makan.

“What are your pet-peeves? I’ll start. Makan mengunyah tak tutup mulut, berbunyi “chup chap” yang tak beradab.

Selain itu, Fazura turut menegur individu yang mengambil sikap sambil lewa apabila keluar rumah tanpa persediaan asas dan sering bergantung kepada orang lain.

“Kedua, keluar rumah unprepared dengan segala keperluan diri sendiri (termasuklah, powerbank, panadol, cash) dan sentiasa nak minta orang lain yang dah prepared sendiri,” luahnya.

Tidak habis disitu, Fazura menekankan kepentingan sikap saling membantu serta tidak bersikap terlalu ‘entitled’.

Selain, turut menyentuh soal adab dan budi bahasa yang dianggap asas dalam kehidupan bermasyarakat.

“Berat tulang membantu, saling tolong especially bila keluar bersama. Entitled, rasa diri penting.. sentiasa tunggu orang lain lead the way dan suap info tanpa bantu juga.

“Dan berat mulut ucap Assalamualaikum, Thank you dan Sorry,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap senarai ‘pet peeves’ tersebut.

Malah, ada di antara mereka berkongsi pengalaman dan perihal kecil yang membuatkan mereka terganggu dalam kehidupan seharian.

Written by: Salma


Previous post

PCOS: Punca, Simptom & Kesan Jangka Panjang Terhadap Kesihatan Wanita

Viral

PCOS: Punca, Simptom & Kesan Jangka Panjang Terhadap Kesihatan Wanita

Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) atau Sindrom Ovari Polisistik merupakan gangguan hormon yang sering berlaku dalam kalangan wanita. Tanda, punca PCOS Keadaan ini berpunca daripada ketidakseimbangan hormon, khususnya penghasilan hormon androgen yang berlebihan, selain dipengaruhi oleh faktor genetik, rintangan insulin serta radang gred rendah dalam tubuh. Lebihan insulin merangsang ovari untuk menghasilkan lebih banyak hormon androgen

today17 December 2025