Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ingatkan tekanan darah tinggi, rupanya gempa bumi, kata exco

today28 March 2025

Background


Bomba bersiap sedia di Komtar, George Town susulan gegaran akibat gempa bumi di Myanmar. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Exco Pulau Pinang Wong Hon Wai pada mulanya menyangka dia pening kerana tekanan darah tinggi, apabila merasakan gegaran akibat gempa bumi di Myanmar hari ini.

“Waktu gegaran itu sekitar 2.30 petang saya ada di pejabat di bangunan Komtar dan berasa sedikit pening, ingat tekanan darah tinggi kerana terlalu sibuk sekarang ini, tapi lepas itu baru terima maklumat ada gempa bumi di Myanmar,” katanya.

Gegaran turut dirasai oleh pekerja pejabat dan pelajar kolej di beberapa bangunan tinggi di George Town, serta penghuni pangsapuri sekitar Butterworth.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Shoki Hamzah, berkata anggota dan jentera bomba bergegas memantau sebuah kolej swasta di Lebuh Pantai, George Town dan sebuah bangunan kediaman di Butterworth.

“Setakat ini semua dalam keadaan selamat dan tiada insiden tidak diingini berlaku… didapati tidak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

‘Tuchel perisik Jerman’ – Redknapp

London: Bekas pengurus Liga Perdana Inggeris (EPL), Harry Redknapp melabel pengendali baharu England, Thomas Tuchel sebagai perisik Jerman dan dilihat melakukan tabik Nazi, menurut satu video yang disiarkan di laman web The Guardian.

today28 March 2025