Penubuhan PTPTN merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan bagi memastikan tidak ada pelajar yang tercicir untuk meneruskan pendidikan di IPT disebabkan masalah kewangan.
Dalam situasi berdepan pandemik Covid-19, operasi kaunter di agensi kerajaan mahupun swasta termasuk PTPTN adalah berdasarkan janji temu dan dalam waktu yang terhad. Urusan di kaunter PTPTN juga hanya dibenarkan untuk urusan tertentu sahaja.
Sehubungan itu, kepada para peminjam yang tidak pasti bagaimana untuk menghubungi PTPTN selain dari hadir ke kaunter, PTPTN ada penyelesaiannya.