Kedai serbaneka ini memang selalu dipaparkan dalam drama-drama Korea yang popular. Pada tahun 2021, CU Mart telah membuka cawangan pertamanya di Kuala Lumpur. Kini, cawangannya telah banyak dikembangkan di serata Malaysia.
Dengan mempunyai pelbagai pilihan jenis makanan, kedai serbaneka ini telah menjadi antara pilihan ramai sejak ia dibuka. Memang rambang mata dibuatnya!
Jadi, buat anda yang tidak tahu nak makan apa bila pergi ke CU Mart, jangan risau. Di sini kami senaraikan lima menu popular di CU Mart untuk anda cuba. Jom tengok!