Seperti umum tahu, kita bakal menyambut tarikh keramat ini pada setiap 31 Ogos. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, nyanyian, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.
Malah, bukan itu sahaja sempena bulan Kebangsaan banyak juga promosi yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat untuk berkongsi kemeriahan ini.