Sebanyak 4068 responden berjaya direkodkan.
Hasil tinjauan kami yang dibuat pada Oktober lalu* kami mendapati, 78.7% responden tahu apa itu vaksin namun ada yang masih samar-samar akan kepentingan vaksin untuk kanak-kanak.
Anda boleh rujuk keputusan penuh tinjauan tersebut di bawah:
62% responden daripada kalangan pembaca OHBULAN! bersetuju bahawa kanak-kanak perlu divaksin.
Namun, 892 daripada 4068 responden daripada kalangan pembaca OHBULAN! masih lagi tidak bersetuju manakala 17.8% masih was-was lagi dengan keberkesanan vaksin terhadap kanak-kanak.
Tujuan vaksin diberikan sebenarnya untuk melindungi kanak-kanak daripada penyakit cegahan vaksin yang boleh membawa kepada kecacatan kekal dan maut.
Sebanyak 90.3% tahu kategori kanak-kanak yang tidak boleh divaksin.
Manakala 97.2% akan bawa anak ke klinik dengan segera serta laporkan kepada anggota kesihatan atau membuat laporan online sekiranya anak mereka menunjukan kesan selepas menerima vaksin.
Berdasarkan tinjauan…
