Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Umum mengetahui bahawa cop parkir dengan menggunakan kon, pasu bunga dan sebagainya di kawasan terbuka atau awam merupakan satu kesalahan.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @syaamil_ telah berkongsi beberapa keping gambar dan mengeluh apabila ada segelintir orang yang masih mementingkan diri cop parkir kereta dengan meletakkan kon.

Bila hang budget ppr tapi nafsu kondo end up jadi bodo pic.twitter.com/QIVwGGhxQM
— Tepung Pelita (@syaamil_) May 3, 2022
Menerusi perkongsiannya, segelintir penduduk di kawasan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dipercayai di Pantai Dalam bertindak untuk cop parkir walaupun parkir di kawasan tersebut mengamalkan sistem terbuka atau bahasa mudahnya ‘siapa cepat dia dapat’.
Malah, dia berasa kecewa dengan sikap dan mentaliti segelintir penduduk di kawasan rumah PPR tersebut kerana tempat letak kereta itu bukanlah dibayar individu yang cop…