Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ini Jawapan Remy Ishak Bila Netizen Dakwa Penampilan Makin Selekeh Selepas Kahwin

today31 January 2023

Background

Pelakon Remy Ishak menerima kritikan yang diterimanya dengan terbuka apabila ada pihak yang menggelarkannya ‘selekeh’ sejak mendirikan rumah tangga.

Memetik laporan Kosmo, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak menganggap sesetengah peminatnya bersikap ragu-ragu apabila dia mendirikan rumah tangga.

β€œBenda ini memang dah jadi lumrah buat saya. Pandangan atau mentaliti orang memang begitu.

β€œSaya sama sahaja. Biasa sahaja. Saya tak sedar pun tapi orang lain mungkin perasaan benda itu (perubahan penampilan).

β€œMungkin para peminat, sebilangan mereka skeptikal apabila artis kesayangan mereka dah jadi hak milik seseorang, terus dah jadi lain,” katanya.

Tambah pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu, minat seseorang akan berkurangan sekiranya artis kegemaran mereka sudah berkahwin.

β€œMacam kalau saya suka kepada seseorang atau suka tengok seseorang, tapi bila orang itu buat silap sikit, rasa minat itu hilang.

β€œBenda ini normal. Kadang-kadang bila kita dah kahwin, minat orang menjadi berkurangan. Muncul dakwaan yang tak okey dan sebagainya.

β€œTak mengapalah. Saya pun sebenarnya tak tahu nak komen apabila orang fikir saya begitu (selekeh lepas kahwin),” ujarnya.

Remy yang akan muncul dalam filem Harum Malam turut berkata, sehingga kini masih terdapat tawaran berlakon untuknya biarpun sudah menjangkau umur.

β€œAda peminat ke, tiada peminat ke, saya pun tak tahu. Saya bawa diri macam biasa.

β€œSaya sendiri tak sedar sama ada digilai atau tidak. Tapi, alhamdulillah sampai sekarang usia dah 40 tahun, tawaran berlakon masih ada (ketawa),” katanya.

Sekadar info, Remy dan Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof berkahwin pada 21 Ogos 2021 di sebuah majlis tertutup.

Sumber: Kosmo

Written by: Aqilah


Previous post