Fenomena 7 Hari Mencintaiku 2 semakin menggila. Ramai yang mula naik angin dengan sikap Mak Leha dan Yati yang sentiasa cari pasal dengan rumah tangga Khuzairi dan Mia. Mak Leha tak habis-habis nak bermenantukan Nurul dan Datin Hayati pula tidak putus asa dengan misi untuk memisahkan Mia daripada menantunya Khuzairi. Tapi, perangai Mia pon apa kurangnya, asyik emosi dan naik angin tak tentu pasal. Kesian Doktor Khuzairi, tersepit di antara ibu sendiri dan isteri kesayangan. Macam pepatah nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapak.
Tak ketinggalan, ramai rupanya yang menaruh hati untuk memiliki lelaki penyayang dan setia macam Khuzairi sebagai suami. Beruntunglah Mia kan, tapi sikap Mia yang seringkali menimbulkan masalah dan tidak menjaga hati serta perasaan Khuzairi membangkitkan kemarahan ramai. Ini antara sebab kenapa Khuzairi menjadi kegilaan wanita :

KACAK ! Siapa je tak cair dengan senyuman Doktor Khuzairi, lakonan pelakon Shukri Yahaya atau pernah digelar Jericho Rosales Malaysia, kerana wajahnya yang mirip dengan pelakon tampan dari Filipina itu.
Khuzairi juga memang seorang anak yang baik. Dia sentiasa menuruti permintaan kedua-dua orang tuanya dan sering menjaga tutur kata agar tidak menyinggung perasaan ibu dan bapanya. Dia lansung tidak pernah berkecil hati dengan Mak Leha yang sering menduga kesabarannya.
Seorang Bapa Penyayang ! Lihat sahaja keakraban anak perempuannya melebihi keakraban dengan ibu sendiri. Khuzairi menatang Alisa bagai seorang puteri , sebab tu Mia cemburu dengan Alisa.
Ok lah, agak-agak ada tak lelaki yang sama macam Dr Khuzairi ni kat luar sana? Kalau ada beruntunglah wanita-wanita yang bakal memiliki suami sebaik Dr Khuzairi ni kan.