
Pembabitan PROTON dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw, TERBANG, menjadi bukti pengiktirafan terhadap zaman kegemilangan sukan permotoran negara yang pernah meletakkan jenama automotif tempatan itu di persada dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr. Li Chunrong, menyifatkan tayangan filem berkenaan sebagai detik membanggakan dalam melestarikan warisan sukan permotoran syarikat itu, sekali gus menyampaikan detik bersejarah berkenaan kepada generasi…