Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Ini Penjelasan Aishah Apabila Didakwa Tak Sensitif Gara-Gara…

today18 October 2023

Background

Penyanyi senior Datuk Aishah sekali lagi dikecam warga maya apabila kenyataannya ‘tidak mahu dibedil seperti Gaza’ kepada media baru-baru ini disifatkan keterlaluan dan tidak sensitif.

Ternyata kenyataan dibuat Aishah atau nama lengkapnya, Wan Aishah Wan Ariffin membuat rata-rata warganet tidak berdiam diri kerana ia melibatkan penduduk Gaza yang bertarung nyawa.

Menerusi video yang tular, Aishah ketika ditemu bual enggan menjawab soalan media selepas konsert mingguan sebuah pertandingan nyanyian, pada Ahad.

“Nyanyuk mungkin sampai hilang common sense hidup,” kritik netizen.

“Dia ingat lawak ke? Baran pula aku, jangan buat main benda macam ni. Tak kelakar,” komen netizen.

“Annoying dan tak cerdik buat statement. Apa bendalah,” kritik seorang netizen.

Tidak mahu isu tersebut semakin hangat, akhirnya tampil bersuara mengenai kenyataan yang dibuatnya.

Menurut laporan Berita Harian, pelantun lagu Janji Manis Mu itu menjelaskan maksud sebenar kenyataan tersebut dan tampil memohon maaf.

“Apa yang saya maksudkan dengan kenyataan itu adalah saya tidak mahu terus dikecam netizen jika saya salah beri jawapan. Sepanjang minggu lalu, saya teruk dikecam dengan pelbagai isu.

“Saya ibaratkan kecaman itu umpama peluru yang bertubi-tubi membedil rakyat Palestin yang tidak berdosa.

“Tindakan saya ketawa ketika mengeluarkan kenyataan itu adalah kerana saya membayangkan bagaimana golongan pembenci akan menggunakan jawapan saya itu nanti sebagai modal untuk menghentam saya, bukannya kerana saya lucu dengan situasi yang berlaku di Gaza.

“Apa yang diperdebatkan dalam media sosial, diambil dari konteks yang tidak tepat. Justeru, saya terpanggil untuk menjelaskan maksud sebenar. Demi Allah, tiada sekelumit langsung dalam hati saya untuk mempersendakan penderitaan rakyat Palestin.

“Bagaimanapun, jika ada mana-mana pihak yang berkecil hati dengan kenyataan saya itu, saya minta maaf,” katanya.

Tambah Aishah, dia menegaskan dirinya masih berfikiran waras dan memiliki sifat kemanusiaan malah berkata timbul perasaan serba salah ketika berhibur.

“Barangkali ramai yang tidak tahu, dalam kesibukan membuat persiapan menghadapi konsert mingguan, saya masih sempat mengikuti perkembangan di Gaza dalam media sosial. Saya juga membaca untuk mendapatkan gambaran dan perspektif pelbagai pihak berhubung konflik itu.

“Hanya kerana saya tidak bercakap mengenainya (isu Palestin), tidak semestinya saya tidak prihatin. Apabila tuduhan seperti ini timbul, saya mengucap panjang.

“Ketika peperangan ini berlaku, saya rasa serba salah kerana pada masa sama, saya perlu membuat persembahan. Terdetik dalam hati perasaan bersalah kerana berhibur ketika saudara seagama menjadi mangsa perang.

“Namun, demi tugas, saya reda dengan apa sahaja yang berlaku,” tutupnya.

Sumber: Berita Harian

Written by: Aqilah


Previous post