Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ini Penjelasan Erysha Emyra Mengenai Dakwaan Beri Pengaruh Buruk Menerusi Watak Dalam Aku Bukan Ustazah

today29 May 2024

Background

Baru setahun jagung dalam industri lakonan, pelakon Erysha Emyra menerima kecaman apabila didakwa memberi pengaruh negatif kepada penonton menerusi watak lakonannya dalam drama berjudul Aku Bukan Ustazah yang sedang ditayangkan di slot Akasia TV3.

Erysha yang memegang watak sebagai Aminah dalam drama tersebut dikatakan memberi persepsi buruk sebagai Muslimah berikutan tindakannya memilih untuk tidak mengenakan tudung labuh dan berniqab, selain hanya mengenakan tudung yang digayakan singkat selepas berhadapan dengan masalah.

Namun, Erysha menjelaskan yang mesej yang ingin disampaikan dalam drama terbabit adalah mengenai realiti dilalui seseorang individu dalam berhadapan dengan cabaran untuk terus kekal istiqamah dalam setiap perbuatan.

β€œSekiranya kita ambil secara positif, kita dapatlah mesej yang menunjukkan realiti kehidupan sebenar iaitu bukan senang untuk istiqamah.

β€œSebenarnya saya juga seperti itu, ada hari yang iman kita naik dan turun. Ada juga maklum balas dari mereka yang mengatakan mereka juga begitu dalam TikTok,” jelas Erysha.

Erysha ditemui XTRA pada sidang media drama Cinta Untuk Sekali Lagi di Zebra Square, baru-baru ini.

Tambah Erysha, ada sesetengah pihak yang melemparkan kecaman berkemungkinan sebenarnya tidak menonton keseluruhan episod itu dan tidak mengikuti siri Aku Bukan Ustazah.

β€œSaya rasa orang yang beri komen itu tidak menonton drama dan hanya melihat potongan video yang tular di TikTok.

β€œAda yang mempertikaikan saya bertudung labuh dalam drama tiba-tiba ada babak bertudung singkat. Sebenarnya itu babak dalam rumah dan watak saya belum bersiap untuk keluar rumah, so that’s why tudung saya singkat,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai adegan bersentuhan dalam lakonan, Erysha mengakui yang dia terbuka untuk babak-babak seperti itu namun, tetap ada batasnya memandangkan dia mengenakan imej bertudung.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Aku Bukan Ustazah yang sedang hangat bersiaran di slot Akasia TV3.

Selain Erysha, drama tersebut turut dibintangi oleh MK K-Clique, Zahiril Adzim, Shaza Bae, Haneesya Hanee dan ramai lagi.

Orang ramai boleh menonton drama Aku Bukan Ustazah menerusi slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat, 7 malam atau strim di aplikasi Tonton.

Written by: Aqilah


Previous post