Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ini Penjelasan Fazley Yaakob Bila Sweet Table Sering Dikecam

today23 December 2022

Background

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob sering dikecam segelintir wargamaya akibat manisan ‘Sweet Table’ yang mengundang kontroversi.

@fazleyyaakob BALIK-BALIK SWEETTABLE KENA KECAM! Semalam, saya menjamu beberapa rakan-rakan media di @sukasucrebistro sempena tradisi hujung tahun dulu-dulu. Dan sebagai penutup tirai, saya mempersembahkan Sweet Table β€” sajian β€˜live’ manisan-manisan disusun dan dilukis atas meja, beralaskan kertas β€˜baking paper’. Seperti biasa, lepas diupload ke Instagram serta Facebook, ramailah mula berkata-kata macam-macam kata-kata yang kurang sedap dibaca… TETAPI IA SEDAP DI MAKAN TAU! Haha πŸ˜‚ Biasalah ada yang kecam, ada juga yang kagum. Ada pula yang cakap β€œini ART!”. Ini bukanlah β€˜art’, ini adalah cara saya persembahkan dessert. Ini dah memang style saya hampir 8 tahun. Kepada mereka yang tak pernah tahu, tengoklah video ini. Pada mereka yang tahu, terima kasih sebab sokong. Dan kepada mereka yang pernah menjadi antara ratusan β€˜penonton’ Sweet Table dan kerap menjadi untuk repeat customer β€” TERIMA KASIH! Apa pun, netizen tetap win, tanpa netizen, siapalah saya? πŸ’• @Suka Sucre Bistro #sweettablebydfy ♬ I Love Paris Alternate Swing version – de Boisfleury, Arnaud

Menerusi perkongsian Fazley di laman TikTok, dia menjelaskan konsep ‘sweet table’ adalah pencuci mulut yang sudah lama dilakukan olehnya di Malaysia dan negara-negara lain.

“Sweet table kena kecam? Sweet table ni saya buat hampir 8 tahun.

“Saya dah bawa sweet table saya ke Singapura, Brunei, London, Paris dan sekolah masak di Le Cordon Bleu. Ia adalah presentasi makanan, nampak macam campak-campak tapi bukan bagi ayam makan. Itu adalah satu cara untuk buat persembahan manisan di atas meja.

“Itu adalah signature sweet table, tapi kepada orang yang first time nampak, tengok video yang saya buat ni dah hampir lapan tahun. Kena kecam? Itu biasa, tapi bukan saya baling rezeki, itu perkongsian cara untuk saya hasilkan manisan di atas meja. Ada yang ramai kecam, ada juga yang ramai order apapun terima kasih netizen,” jelas Fazley.

Hasil tinjauan di ruangan komen, wargamaya mempertahankan hidangan makanan Fazley tersebut dan memuji ia nampak sangat menyelerakan dan begitu kreatif.

“Your sweet table is impressive Chef! I suka lah.

“Laaa.. konsep yang sama la dengan shellout hadoi.

“Bagi aku tak kisah macam mana cara dia hidangkan, yang penting bersih dan sedap,” komen netizen.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 306,000 tontonan dan lebih 31,000 tanda suka.

Written by: Aqilah


Previous post