Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Ini Penjelasan Mark Adam Didakwa Jual Sate Harga Mahal

today3 January 2025

Background

Penyanyi, Mark Adam tampil bersuara selepas perniagaan Sate Bhalut miliknya dikritik oleh segelintir pihak yang mendakwa harganya mahal.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Mark berkata bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sate tersebut adalah barangan berkualiti tinggi.

“Sate saya menggunakan daging premium dimana kami ambil daging sate dari kilang yang sudah ‘established’.

“Kilang ini juga ‘supply’ daging sate ke hotel, restoran terkemuka bahkan digunakan di restoran sebuah selebriti chef yang terkenal.

“Sebelum dibalut dengan popiah, sate itu beratnya adalah 30 gram. Kalau ikut harga pasaran, kita pilih paling mahal ialah 500 gram RM40 dan satu cucuk RM7.50.

“Itu belum kira untung yang kilang ambil lagi. Untuk air pula kita guna cawan besar RM3, jadi semua RM10.50,” katanya.

Sementara itu, pelantun lagu Pencuri ini turut menjelaskan harga untuk tiga cucuk sate daging berjumlah RM21.90 disertakan dengan segelas air.

Malah, Mark berkata segala kos logistik, sewa tapak serta gaji 10 pekerja turut dimasukkan dalam harga tersebut.

@officialmarkadam

Kalau saya silap boleh ajar saya, saya nak belajar, saya belum pandai sangat lagi dalam bidang ni tapi saya nak belajar, teruskan semangat team #SatayBhalut

♬ original sound – Mark Adam 1079 – Mark Adam 1079

Di akhir video penjelasannya itu, Mark memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung, namun dia berharap agar orang ramai tidak terus membuat spekulasi dan perlu berfikir waras sebelum mencaci orang.

“Selepas kira-kora untung hanya RM2,900, adakah anda rasa cukup untuk bayar sewa tapak? Minta maaf tapi saya ini masih belajar dan baru nak mula berniaga.

“Tetapi, agak-agak dengan apa yang anda fikir kalau tak tahu. Dah ramai orang beli tapi yang tak beli banyak komen. Apa hal?

“Dah tahun baharu, dan baru saya rasa macam mana peniaga lain punya kesusahan. Saya minta maaf kalau ada yang tersinggung,” katanya.

@officialmarkadam

mintak maaf kak tapi saya kenal daging saya #SatayBhalut

♬ original sound – Mark Adam 1079 – Mark Adam 1079

 

Written by: Salma


Previous post