Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa merokok juga boleh memberi kesan negatif terhadap fungsi kognitif, terutamanya ingatan.
Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Alzheimer’s Disease (2019), perokok mempunyai risiko 30% lebih tinggi untuk mengalami kemerosotan kognitif sederhana yang boleh menjadi pendahulu kepada penyakit Alzheimer.
Untuk pengetahuan anda, kemerosotan kognitif boleh berlaku dalam pelbagai tahap, daripada yang ringan hingga yang teruk. Dalam kes yang ringan, perubahan mungkin bersifat halus dan tidak memberi kesan ketara terhadap kehidupan seharian.
Walau bagaimanapun, dalam kes yang teruk, ia boleh menyebabkan demensia, seperti penyakit Alzheimer, yang secara signifikan menjejaskan keupayaan seseorang untuk berfungsi secara bebas.
Dalam pada itu, kajian oleh American Heart Association (2021) pula mendapati bahawa perokok kronik mengalami kadar pengecutan hippocampus yang lebih tinggi.
Untuk rekod, hippocampus adalah bahagian otak yang…