Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ini Punca Sebenar Nur Fazura Buat Laporan Polis

today17 August 2022

Background

Pelakon dan usahawan popular, Fazura akhirnya mendedahkan punca sebenar keberadaanya di balai polis beberapa hari lalu.

Menurut Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 38,Β  tindakannya membuat laporan polis tersebut adalah melibatkan isu pecah amanah yang berlaku terhadapnya.

Namun, beliau enggan memperincikan dengan lebih lanjut berkenaan kes tersebut dan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Apa yang boleh saya katakan gambar balai polis yang saya muat naik baru-baru ini melibatkan pecah amanah.

“Tapi saya mohon maaf, sebab tak boleh kongsi butiran lanjut mengapa saya buat laporan polis tersebut,” katanya.

Fazura berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Faztival Fazura 2022 yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, baru-baru ini.

Terdahulu, pelakon yang popular menerusi filem Pisau Cukur itu mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik sekeping foto sedang berada di Balai Polis.

Malah, Fazura sempat mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan daripada pihak polis menerusi ruangan kapsyen posting tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

 

 

ARTIKEL BERKAITAN:β€œIni Kes Yang Lebih Berat..” – Tindakan Fazura Buat Laporan Polis Cetus Persoalan Netizen

ARTIKEL BERKAITAN:Umum Bakal Adakan Konsert! Himpun Artis Tempatan & Indonesia, Faztival Fazura Bertujuan Raikan Peminat

ARTIKEL BERKAITAN:Peramah & Tak Sombong! Layan Peminat Macam β€˜Keluarga’ Sendiri, Sifat Fazura Dipuji Netizen!

ARTIKEL BERKAITAN:β€œApa Yang Berlaku Saya Tak Nak Ambil Tahu” – Fazura Respons Isu Nama β€˜Dipetik’ Diana Ketika Sesi Live Neelofa

 

 

Sumber: Kosmo Online

Written by: Salma


Previous post