Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ini Reaksi Elyana Apabila Netizen Mulut Puaka Suruh ‘Pergi Mamp*s’ Gara-Gara Tanggal Tudung

today29 August 2022

Background

Selepas tindakannya menanggalkan hijab pada awal Ogos lalu mendapat pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan warganet, penyanyi Elyana masih memilih untuk ‘mengunci mulut’ mengenai keputusannya itu.

Malah, beliau seolah-olah sudah bersedia menerima kata-kata kecaman yang dilemparkan terhadapnya.

Terbaru, menerusi perkongsian terkini Elyana di Instagram miliknya, seorang individu dilihat meninggalkan komen kurang manis yang mendoakan agar penyanyi Kalis Rindu ini segera mati dengan alasan tidak mensyukuri nikmat yang Allah telah berikan kepadanya.

Sementara itu, Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 35, bagaimanapun dilihat tidak melenting dengan kata-kata kesat tersebut malah, mendoakan agar individu berkenaan dijauhkan dari segala penyakit dan dimurahkan rezeki sentiasa.

“Semoga awak dipanjangkan umur, dijauhkan dari segala penyakit, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagian di dunia dan akhirat,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen berkenaan, rata-rata pengikut penyanyi itu menyokong dan menyifatkan bahawa komen yang ditinggalkan individu terbabit sangat biadap.

Untuk rekod, Elyana pernah menyifatkan segala komen negatif yang dilemparkan kepadanya sebagai salah satu perkara yang paling menyedihkan.

“Tidak mengapa, semuanya tak boleh dipaksa. Insya-Allah, jika tertulis, saya menjadi apa yang netizen harapkan, ia akan terjadi juga. Buat masa ini, inilah saya.

“Fokus saya untuk menjaga jiwa. Jujurnya, jiwa saya sangat rosak, tetapi saya tidak mahu menyalahkan siapa sebab kita semua manusia biasa.

“Saya tidak mahu menangis kerana pasti ada beranggapan saya meminta simpati. Sekarang, saya fokus pada jiwa dan keluarga. Sudah menjadi adat, ketika senang semua orang akan datang, tetapi apabila susah, hanya saya dan keluarga sahaja yang tahu,” jelasnya.

 

Sumber: Instagram

Written by: Aqilah


Previous post