Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Ini Reaksi Warganet Apabila Syed Saddiq Potong Rambut Ikut Gaya Pilihan Bella Astillah

today28 February 2025

Background

Keakraban antara pelakon dan penyanyi, Bella Astillah serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq semakin hangat menjadi sorotan ramai di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Saddiq berkata dia memotong rambut bagi memenuhi permintaan aktres tersebut.

Lebih menarik, Saddiq turut menuruti gaya rambut yang diminta oleh Bella iaitu seperti jejaka Korea.

@syedsaddiq

Kena paksa gunting rambut ala korea versi @bellaastillah 😆

♬ original sound – Syed Saddiq – Syed Saddiq

Susulan itu, berdasarkan ruangan komen ramai dalam kalangan netizen mengatakan hubungan kedua-dua pasangan ini dipercayai lebih daripada sekadar ‘kawan’.

Dakwaan tersebut tercetus apabila netizen menganggap bahawa tidak mudah untuk seorang lelaki mengubah gaya rambut mengikut apa yang wanita inginkan melainkan kekasih.

Hubungan Bella dan Saddiq mula menjadi sorotan ramai selepas acap kali membuat ‘content’ video bersama bagi mempromosikan sebuah jenama.

Malah, sebelum ini Bella dalam satu video siaran langsung tular di TikTok mengakui keakraban dan kemesaraan antara mereka itu bukan ‘marketing’ seperti didakwa segelintir pihak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bukan Marketing, Bella Astillah Beri Bayangan Bercinta Dengan Syed Saddiq? – “Yang Korang Nampak Tu Betul, Dia Ubati Rasa Sedih Saya”

Written by: Salma


Previous post

Sukan

Semangat Marquez membuak-buak

Buriram: Juara dunia enam kali, Marc Marquez melaungkan amaran awal yang dirinya memiliki semangat membara menjelang perlumbaan pembuka tirai musim MotoGP di Thailand, hujung minggu ini.

today28 February 2025