Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ini Respons Alif Satar Bila Tonton Video Cristiano Ronaldo Beri Salam

today23 July 2023

Background

Penyanyi dan pengacara, Alif Satar memberikan respons terhadap video pemain bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo yang memberi salam persis orang Muslim.

Alif berkongsi respons terbabit menerusi perkongsian di Instagram Story.

“Assalamualaikum,” kata Cristiano.

Gara-gara itu, Alif seakan memberi galakkan dan cuba membimbingnya untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.

“Come on brother, repeat after me.. Ashhadu..,” ujarnya.

Terdahulu, tular video sesi temu ramah pemain bola sepak Portugal ini mengatakan dia mencintai agama Islam semasa secara rasmi menyertai kelab bola sepak Al Nassr.

Selain itu, Cristiano sering menunjukkan tanda hormat terhadap agama ini.

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Bertrand boleh dipertimbang sertai RTG

Shah Alam: Pencapaian dicipta penerjun muda negara Bertrand Rhodict Lises pada Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun membolehkannya dipertimbang untuk disenaraikan dalam program Road To Gold (RTG).

today23 July 2023