Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ini Respons Azhar Sulaiman Apabila Anak Kena Tuduh Kikis Duit Suami Orang

today16 August 2022

Background

Susulan kes kontroversi melibatkan anaknya yang juga seorang pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona yang dituduh menjalinkan hubungan dengan seorang individu berstatus suami orang, pelakon, Azhar Sulaiman akhirnya tampil memberikan respons mengenai insiden yang berlaku.

Menurut pelakon yang popular menerusi filem Abang 92 ini menerusi hantaran di Instagram miliknya, dia menjelaskan bahawa wanita tersebut seperti baru berjinak-jinak dengan aktiviti penipuan dan mendakwa dia juga bukan seorang wanita Melayu.

“Orang ini adalah scammer baru. Mungkin asal berkulit hitam dan bukan wanita Melayu,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Azhar Sulaiman Jalin Hubungan Dengan Suami Orang? Kasih Iris Leona Dedah Tuduhan Kebas RM3,000 Sebulan & Digelar β€˜Scammer’

Sementara itu, menerusi ruangan komennya pula, Azhar mengakui dia juga tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh individu terbabit berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan di Istagramnya.

“Saya tengah shoot scene heavy dekat Langat tiba-tiba Leona telefon sambil nangis-nangis cakap ada ‘bitched’ tentang dia. I rileks je lepas habis shoot tu bila baca balik and lepas whatsapp Leona… dengan I pun kena telan panadol sebab tak faham mesej dia. Tapi, syukurlah semuanya tipu semata-mata,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

 

Semenatara itu, Azhar turut meninggalkan respon di ruangan komen portal hiburan Mstar menjelaskan bahawa dia tidak akan mengambil tindakan lanjut termasuklah mendakwa individu terbabit kerana baginya, wanita itu mempunyai masalah peribadi dan perlu mendapatkan bantuan.

“Apa pun saya tidak akan mengambil sebarang tindakan dalam hal ini kerana, merasa kesian terhadap Nor Azira.

“Saya rasa dia tidak cerdik sangat. Jadi tak best nak saman dan makan duit orang macam ni. Saya rasa dia perlu mendapatkan rawatan,” tulisnya.

Terdahulu, Leona sempat berkongsi paparan komen individu terbabit di laman sosial miliknyaΒ  yang mengatakan suaminya telah memberi wang sejumlah RM3,000 setiap bulan kepadanya sepanjang tempoh mereka menjalinkan hubungan.

 

Written by: Aqilah


Previous post