Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ini Respons Empunya Badan Bila Ramai Lelaki Bitter Intan Najuwa Duduk Rumah & Fokus Rumah Tangga

today10 June 2024

Background

Pelakon, Datin Intan Najuwa tampil membidas segelintir netizen terutamanya golongan lelaki yang seakan tidak berpuas hati terhadap kenyataannya yang mahu berehat dan fokus kepada rumah tangganya.

Menerusi muat naik di Instagram Story (IGs) miliknya, isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman menegaskan dia tidak mengharapkan duit lelaki semata-mata.

Justeru, Intan menjelaskan dia mempunyai kerjaya, bisnes dan aset persendirian sehingga mampu untuk memperoleh perkara yang diingini atas usaha kerja kerasnya selama ini.

β€œDi sini saya nak jelaskan, saya ada karier, aset, bisnes dan kewangan sendiri. Jadi, bila saya ambil keputusan untuk berehat sebentar dari berlakon dan duduk di rumah, saya rasa ianya bukan menjadi masalah korang.

β€œSaya dah bekerja keras dan dapat mencapai beberapa perkara yang saya ingini. Jadi biarlah saya enjoy alam perkahwinan ini.

β€œItu juga adalah permintaan daripada suami. Seorang isteri yang baik kena dengar cakap suami, kan?

β€œSaya juga boleh bekerja bila-bila masa yang saya nak. Tenang lah korang, ini baru tahun pertama saya berkahwin, biarlah saya luangkan masa dengan suami,” katanya.

Sementara itu, Intan turut mempertahankan golongan wanita dengan mengatakan mereka sama sekali tidak mengharapkan wang daripada lelaki.

β€œJangan risau, kami wanita tak perlu duit lelaki. Kami ada karier dan duit sendiri. Kami tahu macam mana nak ada kewangan sendiri walaupun di rumah, kami masih boleh sediakan semuanya sendiri.

β€œTak payah berlagak macam kami ni kejar duit lelaki, kami tak berminat,” katanya.

Terdahulu, Intan berkongsi mengenai kehidupan hariannya yang aktif meluangkan masa dengan suami tersayang.

Rutin hariannya pula hanya sibuk dengan tidur, memasak, makan, membuat aktiviti senaman Pilates, minum kopi dan membeli-belah.

Susulan kenyataannya itu, ramai golongan lelaki yang mengkritik Intan.

Intan dan Azaf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos lalu dalam majlis yang berlangsung di pusat peranginan mewah di Desaru, Johor.

Artikel Berkaitan:Β β€œSekarang Dah Ada Ceramic, Granite Coating… Have Some Knowlegde Sebelum Nak Terpaling!” – Pakai Sudip Besi Atas Kuali Non-Stick, Intan Najuwa Bidas Netizen

Artikel Berkaitan:Β Intan Najuwa Tayang Beli Pengering Rambut β€˜Special Edition’, Netizen Tinggal Komen Sarkastik – β€œTak Sia-Sia Kahwin Lelaki Tua”

Written by: Aqilah


Previous post