Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ini Respons Penyanyi Baharu Dalia Farhana Apabila Ada TikToker ‘Stitch’ Video Ucap Ayat Lucah ‘K*lent*t’

today10 August 2022

Background

Heboh di laman sosial Twitter apabila penyanyi baharu dan pempengaruh, Dalia Farhana membuat ciapan berkaitan isu yang berlaku terhadap dirinya dengan seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Rezza.

Isu ini terjadi apabila Rezza menggabungkan (stitch) sebuah video penyanyi wanita itu dengan menggunakan dialek Sarawak di aplikasi TikTok.

Namun begitu, isu ini timbul bila ada individu yang tampil memberi penjelasan mengenai ayat yang ditutur pempengaruh tersebut dengan menghantar kiriman mesej mendakwa Rezza mengucapkan kata-kata yang berunsur lucah yang membabitkan alat sulit wanita.

Rezza yang juga merupakan peserta program pertandingan nyanyian kanak-kanak yang bersiaran di stesen televisyen berbayar pada tahun 2016 itu mengucapkan ayat yang membawa maksud menjentik kemaluan dan mendapat perhatian wargamaya.

“Ee datang la kenja nya tok, pesit kel*ntit kitak klk,” ucap Rezza.

   

Susulan itu, rata-rata wargamaya yang berasal dari Sarawak berasa kesal dan malu akan tindakan Rezza itu serta meninggalkan komen yang berbaur negatif kepada Rezza.

       

Walaubagaimanapun, Dalia memaklumkan bahawa dia dapat merasakan kata-kata yang keluar dari mulut Rezza merupakan perkara yang tidak sopan namun tidak mengetahui makna sebenar.

Dalia menjelaskan bahawa dia tidak kisah apa reaksi yang diberi oleh wargamaya mengenai kandungan-kandungan yang dimuat naik kerana dia hanya melakukannya sekadar untuk berseronok.

“Honestly I don’t really mind what or how people react to my content (which I obviously posted just for fun hehe and I’m glad many people also faham yang content I tu saja saja bukannya serious pun), I can’t control people’s response and how they want to take / understand my content. Plus, their content / response is a reflection of themselves and their mindset,” tulisnya.

Namun begitu, selepas menerima pelbagai kritikan, Rezza telah memuat naik video permohonan maaf atas tindakannya itu di platform TikTok.

Pernah tampil dengan single Cintaku Dalam Cawan dan Biar Sayang, Dalia merupakan artis wanita baharu yang bernaung di bawah syarikat XO House.

Selain Dalia, XO House turut menguruskan kerjaya penyanyi Iman Troye.

Written by: Aqilah