Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ini Respons Shila Amzah Bila Warganet Dakwa Nampak ‘Baby Bump’ – “Kita Tak Payah Nak Cakap Pasal Badan Wanita”

today31 December 2023

Background

Penyanyi Shila Amzah menjawab dakwaan yang menyatakan dirinya kini sedang hamil dan fizikalnya seakan memiliki ‘baby bump’.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Shila memohon orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik dan tidak masuk campur urusan orang lain.

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Khilaf Asmara ini turut menasihati warganet untuk menghormati privasi orang lain.

“Please mind your own business. Doakan yang baik-baik. Sometimes it might just be fat you know.

“Sometimes it might just be fat so I think it enough talking about women body la eh. Ada respect lah each other boundaries kan.

“Kita tak payah zaman sekarang ni nak cakap pasal wanita punya badan. Saya bukan marah tapi cuma menegur saja.

“Sebab ada banyak orang kat luar sana yang cuba mendapatkan anak, ‘Trying To Conceive’ (TTC) so we need to be extra sensitive lah over this. Takkan kita nak jadi orang yang ignorance.

“When one person is deciding to have a baby, of course lepas kahwin mesti nak ada baby. Kita doa je yang baik-baik,” katanya.

Untuk rekod, Shila berkahwin dengan Ubai pada 4 Ogos lalu dan merupakan perkahwinan kali keduanya.

Sebelum ini, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Edraki Elias pada April 2018 namun bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais, 4.

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Buat ‘Bungalow Tour’, Netizen Komen: “Makin Besar Rumah, Makin Jauh Jarak Hubungan Orang Dalam Tu”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wajah Wanita Ini Seiras Shila Amzah Curi Tumpuan Netizen… Ubai Pun Tekejut! – “Eh Isteri Saya Jadi Orang Brunei!”

Written by: Aqilah


Previous post