Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Ini Rezeki Saya, Ainations Yang Hadiahkan” – Aina Abdul Panjat Syukur Terima SUV Mewah

today22 October 2024

Background

Penerima anugerah Bintang Paling Popular dan Penyanyi Popular di  Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36, Aina Abdul bersyukur apabila dia akhirnya memiliki kereta jenis  kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah tajaan CONBOO pada Isnin.

Penyerahan kunci kenderaan itu dilakukan di CONBOO International Sdn Bhd, Subang Bestari, Shah Alam, yang turut disempurnakan oleh Pengarah Kreatif CONBOO, Nurulafiza Kamarudin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anugerah Bintang Popular BH (@abpbh36)

 

Mengulas mengenai kejayaannya meraih kereta atas kemenangannya di ABPBH 36 lalu, Aina berkata, hadiah tersebut begitu bermakna untuknya dek kerana sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki kenderaan sendiri.

“Terima kasih banyak kepada semua yang mengundi saya. Memang sebenarnya tahun ini saya ada perancangan untuk beli satu kereta yang saya boleh naik bersama emak saya.

“Tahun ini, saya memang ada pasang niat untuk memiliki kereta, tapi saya tak sangka dengan rezeki ini. Boleh kata, ini hadiah termanis sepanjang tahun ini.

“Alhamdulillah, tentu saya gembira sebab jarang boleh dapat hadiah begini. Ini adalah rezeki dan Ainations yang menghadiahkan ini untuk saya,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Aina berjaya membawa pulang dua trofi iaitu Anugerah Bintang Popular berita Harian  (ABPBH 36)  dan Penyanyi Wanita Popular ABPBH 36 (ABPBH 36) menewaskan rakannya iaitu, Ernie Zakri, Adira Suhaimi, Siti Nordiana dan Stacy.

Pada malam berprestij itu, Aina berjaya membawa pulang dua trofi, kepingan bar emas seberat 18 gram dan juga sebuah kenderaan utiliti sukan  (SUV) mewah jenama Toyota Harrier  yang ditaja oleh Conboo.

ARTIKEL BERKAITAN:10 Tahun Dalam Industri, Aina Abdul ‘Gerun’ Genggam Trofi Bintang Paling Popular ABPBH36

ARTIKEL BERKAITAN:Tepati Ramalan, Aina Abdul Bergelar Bintang Paling Popular! Jom Semak Senarai Penuh Pemenang ABPBH 36

ARTIKEL BERKAITAN:Mega! Aina Abdul Buat Kejutan Hadir Ke Karpet Merah ABPBH 36 Menaiki Bas Jelajah ‘Imaji’

ARTIKEL BERKAITAN:Aina Abdul Impi Ke Anugerah Grammys – “Tak Salah Bermimpi Sejauh Itu, Bakinya Adalah Usaha” 

ARTIKEL BERKAITAN: Hiburkan Pelajar Di Minggu Orientasi, Aina Abdul Percaya Setiap Universiti Ada Cara Tersendiri – “Saya Tak Sangka Video Menyanyi Depan Mahasiswa UNIMAS Jadi Tular”

 

Sumber: Berita Harian

Written by: Aqilah


Previous post