Site icon Hot FM

Ini Rupanya Maksud Sewindu, Lagu Nyanyian Tulus

Umum mengetahui Tulus bakal kembali menyambut lapan tahun dirinya dalam industri dengan muncul melalui konsert Tulus Sewindu Tour – Kuala Lumpur.

Tapi tahukah anda maksud disebalik “Sewindu?”

“Sewindu sebenarnya bermaksud lapan tahun dalam Bahasa Indonesia.”

Menerusi konsert yang akan diadakan minggu ini, Tulus bakal mempersembahkan barisan lagu-lagu dari single terbaru hinggalah kepada lagu-lagu hits melalui tiga albumnya termasuk ‘Gajah’, ‘Pamit’ ‘Sewindu’, ‘Monokrom’ dan banyak lagi.

Konsert ini akan diadakan di ibu negara pada hari Sabtu, 8.30 malam, 3 Ogos 2019 bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Konsert ini juga merupakan satu penghargaan atau sokongan yang diperolehinya dari ribuan peminat setia baik di Malaysia.

Exit mobile version