Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Ini Semua Khurafat!’ – Dakwa Mandi Di Tasik Dayang Bunting Mampu Dapatkan Zuriat Cetus Perbincangan Netizen

today13 May 2022

Background

Pulau Langkawi merupakan destinasi pilihan ramai orang untuk bercuti dan juga untuk ‘honeymoon’. Pulau yang penuh dengan kisah lagenda dan mitos, mesti anda pernah dengar pelbagai kisah tentang Pulau Langkawi, bukan?

Antara mitos yang sering diwar-warkan sejak lama dahulu adalah bagi mereka yang mahu zuriat boleh berikhtiar mandi di Tasik Dayang Bunting. Terbaharu, ada video di TikTok yang berkongsi kejayaan mereka mendapatkan zuriat selepas berikhtiar di Tasik Dayang Bunting.

Oleh itu, pengguna Twitter @malissaali telah menyuarakan kebimbangannya akan kisah-kisah yang dikongsi. Menurutnya, ‘ikhtiar’ yang dilakukan itu adalah khurafat dan boleh jatuh syirik serta memesongkan akidah seseorang.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen mengatakan mitos itu telah lama diwar-warkan dalam masyarakat. Bukan itu sahaja, para netizen juga pelik masih ada yang percaya kepercayaan lama di zaman moden ini.

Rata-rata netizen juga mengatakan tidak seharusnya amalan khurafat ini dipraktikkan lagi dan sebagai individu beragama Islam, haruslah percaya pada Allah serta anggap ia satu ujian apabila belum dikurniakan zuriat. Tidak salah berusaha tetapi haruslah berlandaskan ajaran Islam kerana ia boleh memesongkan akidah seseorang.

Written by: Mimieyuzi


Previous post