Kesatuan pelajar menyeru kerajaan menambah inisiatif yang menjamin kesaksamaan dan meliputi pelbagai aspek, seperti jaminan pekerjaan.

PETALING JAYA: Dua kesatuan pelajar berpandangan inisiatif sedia ada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membantu pelajar tidak lagi memadai dalam persekitaran ekonomi kini, terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin tegar.
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) memberikan contoh, Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (Sulung) yang diperkenalkan pada 2022 untuk memberi peluang kepada generasi pertama keluarga B40 ke menara gading kerana ianya hanya membantu anak pertama ke universiti.
Presiden KMUM, Ooi Guo Shen, berharap kerajaan menambah inisiatif yang menjamin kesaksamaan, “sekurang-kurangnya perlu ada bantuan pembiayaan separuh dari keseluruhan…