

Ibu kepada seorang saksi kanak-kanak memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa anak perempuannya hanya berkongsi cerita mengenai insiden menimpa Zara Qairina Mahathir selepas hampir tiga bulan kerana masih mengalami trauma.
Wanita berusia 41 tahun itu mendedahkan anaknya, saksi kanak-kanak ke-65 dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina, memaklumkan lebih lanjut berhubung insiden malang menimpa pelajar Tingkatan Satu itu kepadanya kira-kira September dan Oktober tahun lepas.
Wanita itu kemudian memaklumkan perkara terbabit kepada seorang tenaga pengajar di SMKA Tun Datu Mustapha, Papar, iaitu Ustazah Shukriah Fauzi, antara Januari dan Februari lepas bagi mendapat kepastian sama ada anaknya turut diambil keterangan berhubung insiden itu.
“Anak saya ada…