Site icon Hot FM

Insiden gaduh Desaru jejas imej negara, kata menteri


Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing, berkata kejadian pada DIBW di Kota Tinggi pada Sabtu mampu menjejaskan nama baik negara.

JOHOR BAHRU: Insiden pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, Sabtu lalu, boleh menjejaskan imej industri pelancongan negara, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing.

Beliau berkata, insiden seumpama itu tidak sepatutnya berlaku, dan penganjur program berskala besar yang bertaraf antarabangsa seharusnya lebih profesional dan bijak dalam mengendali sebarang isu atau situasi sepanjang program berlangsung bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

“Saya belum lagi terima laporan lebih lanjut. Bagaimanapun nasihat untuk mana-mana penganjur terutama melibatkan program-program antarabangsa, kita mesti jujur, apa-apa isu mesti duduk semeja, bincang selesaikan dan janganlah buat kecoh kerana imej negara yang baik akan terjejas di mata dunia.

“Kita tidak akan campur tangan kerana…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version