Penyanyi, Hafiz Suip dikenakan bon berkelakuan baik selepas terbabit dalam insiden pergaduhan di jalan raya pada 30 Ogos lalu.
Perkara tersebut diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Kuching pada Khamis terhadap Hafiz dan dua lagi individu yang terlibat dalam kes tersebut.
Menurut Utusan Borneo, mereka perlu menjalani bon berkelakuan baik selama enam bulan bersama jaminan sebanyak RM500
Difahamkan perintah itu adalah untuk menghalang mereka daripada mengulangi perbuatan bergaduh di tempat awam.
Sebelum ini tular video memaparkan pelantun lagu Ku Akui ini menumbuk seorang lelaki dikenali sebagai Goh Hui Heong di Jalan Padungan, Kuching, Sarawak.
Insiden pergaduhan antara mereka tercetus akibat salah faham apabila Goh membunyikan hon selepas Hafiz memberi isyarat memasuki jalan raya.
Keadaan menjadi lebih tegang antara mereka apabila Goh menghimpit kenderaan dipandu Hafiz sehingga mengakibatkan mereka bertengkar di tengah jalan.
Bagaimanapun, menurut rakan Hafiz, Uthman Daud memaklumkan kedua-dua pihak sudah berdamai.
Artikel Berkaitan: Berlaku Provokasi Antara Dua Pihak… Hafiz Suip Bergaduh Di Jalan Raya! Rakan Dedah Kejadian Sebenar – “Muka Kena Sembur Pepper Spray”
Sumber: mstar/Utusan Borneo
