Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Insomniacks, Masdo, Bunkface & Hujan Gegarkan Panggung Dalam Konsert Jiwa Kacau

today20 June 2023

Background

Konsert Jiwa Kacau yang menampilkan empat kumpulan muzik terbaik di Malaysia iaitu Insomniacks, Masdo, Bunkface dan Hujan berlangsung dengan meriah di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi.

Konsert kolaborasi antara empat kugiran itu telah mencipta satu kenangan indah yang tidak dapat dilupakan oleh peminat-peminat indie di Malaysia.

Konsert tersebut telah mendapat sokongan penuh penonton yang datang serta berhibur menyanyikan lagu mereka dengan penuh semangat.

Tidak boleh dinafikan, Hujan dan Bunkface adalah dua kugiran anak-anak indie dihormati dalam kalangan orang muda.

Sama seperti Insomniacks dan Masdo, mereka merupakan kugiran masa kini yang mempengaruhi generasi muda sekarang.

Menampilkan Insomniacks sebagai band pembukaan konsert, mereka membawakan lagu galau dan rock seperti Langgar, Here Again, Igauan Malam, Reminisensi, Sempurna dan yang paling dinantikan orang ramai iaitu Pulang.

Persembahan kedua konsert membawa masuk Kugiran Masdo yang menyajikan muzik bernuansa pop 60-an.

Antara lagu yang dibawakan ialah Janji Manis, Miss Flower, Teruna Dara, Inilah Jalan-Nya, Dinda, Bunga, MPRNR dan akhir sekali, Bercanda Di Malam Indah.

Sementara itu, Bunkface hadir di persembahan ketiga yang membawakan muzik indie dan β€˜punk rock’ dengan lagu Bunk Anthem, Malam Ini Kita Punya, Ekstravaganza, Rentak Laguku, Darah Muda, Panik, Situasi dan Revolusi.

Persembahan Bunkface cukup meriah sehingga Sam selaku vokalis mereka telah menarik salah satu peminatnya naik ke pentas untuk nyanyikan lagu Rentak Laguku.

β€œAda yang nak nyanyi dengan Bunkface tak malam ni?” tanya Sam kepada peminat.

Menutup persembahan, stadium digamatkan dengan kehadiran satu kumpulan rock popular Hujan yang menampilkan Noh Salleh sebagai vokalis utama.

Mereka tampil dengan membawa lagu Obsesi, Mencari Konklusi, Dugaannya, Perindu Kalbu, Kotak Hati, Jiwa Kelajuan, Ahmoi Chantek, Lonely Soldier Boy, Empayarmu dan Aku Skandal.

Membuatkan peminat lagi teruja apabila Noh sempat berseloroh memerli pengawal kesalamatan konsert untuk tidak menghalang apa yang peminat mahu buat.

β€œTakkan pergi konsert mahal-mahal kena marah kot?” katanya.

Konsert yang berlangsung selama tiga jam ini telah berjaya memukau peminat-peminat generasi muda dengan kehebatan usun atur muzik yang padu serta semangat dan tenaga yang diberikan oleh keempat-empat kugiran tersebut.

Written by: Salma


Previous post

Sukan

Mihaila kecewakan Switzerland

Lucerne, Switzerland: Dua gol lewat dalam masa tiga minit daripada penyerang Romania Valentin Mihaila mengikat Switzerland dengan keputusan seri 2-2 dalam aksi kelayakan Euro 2024 Kumpulan I awal pagi tadi.

today20 June 2023