Hot FM

‘Inspektor Sheila’ dibenarkan mohon semakan kehakiman berhubung pemecatan


Sheila Sharon Steven Kumar
Bekas pegawai polis, Sheila Sharon Steven Kumar memohon perintah mandamus yang memerintahkan responden mengembalikan jawatan inspektor serta manfaat pekerjaan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:

Mahkamah Tinggi membenarkan bekas pegawai polis, Sheila Sharon Steven Kumar, memohon semakan kehakiman berhubung pemecatannya.

Peguamnya, M Manoharan, berkata Hakim S Indra Nehru memberikan kebenaran itu hari ini, selepas mendapati kes mempunyai merit dan mewajarkan pendengaran penuh.

“Tarikh pendengaran akan ditetapkan kemudian,” katanya kepada FMT.

Sheila memfailkan permohonan pada 29 Okt dengan menamakan bekas timbalan ketua polis negara iaitu Ayob Khan Mydin Pitchay, lembaga tatatertib polis, Suruhanjaya Pasukan Polis dan kerajaan sebagai responden.

Beliau memohon suatu pengisytiharan bahawa dua surat pemakluman bertarikh 7 Julai, yang diterimanya pada 3 Ogos, adalah batal, tidak sah dan menyalahi undang-undang.

Beliau mendakwa, surat-surat tersebut memaklumkan kepadanya bahawa dia…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version