Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Inspektor Sheila dilepas, bebas tuduhan aib peguam

today11 November 2024

Background


Sheila Sharon Steven Kumar, 36, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang peguam lelaki, tahun lepas. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis wanita dikenali ramai sebagai ‘Inspektor Sheila’ dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang peguam lelaki, tahun lepas.

Peguam M Manoharan, mewakili Sheila Sharon Steven Kumar, 36, berkata Majistret Nur Hafizah Rajuni membebaskan anak guamnya selepas mangsa yang juga saksi pendakwaan pertama, P Taneswaran, 41, memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau tidak mahu meneruskan kes tersebut.

“Saksi itu memaklumkan perkara tersebut semasa memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes, hari ini,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Prosiding itu turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Azmal.

Pegawai polis wanita itu didakwa menghina kesopanan Taneswaran dengan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post