
PETALING JAYA: Mekanisme Jaringan Keselamatan Ekuiti Bumiputera (ESN) tidak menjatuhkan nilai saham mahupun menjejaskan pemegang saham dan pelabur bukan Bumiputera, kata pakar ekonomi.
Profesor ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ahamed Kameel Mydin Meera berkata, ESN Bumiputera pada asasnya adalah dasar tindakan afirmatif untuk meningkatkan ekuiti Bumiputera.
“Nilai saham ditentukan oleh aliran tunai jangkaan masa depan syarikat, dan kadangkala disebabkan manipulasi oleh spekulator, bukan oleh mereka yang memegangnya,” katanya.
Beliau mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini bahawa kerajaan sedang mengkaji semula mekanisme ESN untuk mencapai ekuiti dan nilai Bumiputera, yang masih bawah sasaran 30%.

Ahamed berkata, cara terbaik untuk mencapai ekuiti dan…