Pelakon jelita, Intan Najuwa berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata perempuan sulung.
Menerusi perkongsian di Instagram, Intan yang kini sedang berbadan dua memuat naik video ‘gender reveal’ bersama suaminya, usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman.
Tidak hanya mendedahkan jantina anaknya, video tersebut turut memaparkan Intan dan suami memotong kek menggunakan gelas sekali gus menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka.

“Cheers to 47 and 365 days of shared dreams, laughter and love. Here’s to year one of our forever. Blessed. This is the best gift ever. We are having a girl,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa teruja.

Sekadar info, Intan dan Azraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos tahun lalu.
Artikel Berkaitan: “I Have My Own Money & Income” – Penat Dengan Andaian, Intan Najuwa Tak Pakai Duit Suami
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Kongsi Alahan Kehamilan – “Tak Suka Tengok Langsir, Pasu & Bau Kuda”