Pelakon, Datin Intan Najuwa menjadi bualan hangat di media sosial apabila seorang usahawan, Nabilah Nazib, meluahkan rasa sebak selepas selebriti itu berkunjung ke restoran makanan Jawa miliknya di London.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Nabilah yang juga pengasas produk rambut SugardollbyNN memuji Intan atau pemilik nama sebenar, Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, sebagai seorang selebriti ‘A-List’ yang cukup merendah diri.
“Hari ini Intan Najuwa datang ke kedai kecil kami, Java Fusion di Acton, London. Bila jemput, saya tak pasti dia sudi atau tidak, sebab lokasi kedai kami agak jauh dari central London. Tapi dia hadir bersama suami.
“Dia tak mahu terima diskaun, tetap bayar penuh malah siap kongsi di Instagram lagi. Sebaknya rasa. Intan bukan sahaja artis ‘A-List’, tapi juga seorang yang baik, rendah hati dan kawan yang sangat baik,” tulisnya.
View on Threads
Namun begitu, ada segelintir netizen mempertikaikan gelaran ‘A-list’ selebriti itu terlalu besar buat Intan Najuwa.
Di maklum balas threads tersebut, Nabilah membalas komen netizen yang tidak bersetuju dengan pendapatnya yang menganggap Intan artis ‘A-list’.
“She is kind, her influence is A-list. God knows how things sold out after her shout out. She is an amazing friend and human being.
“If ‘A-list’ for you have 1000 awards, she hold infinity awards to everyone close to her and her fans. Kalau award kat Malaysia ni boleh beli juga,” katanya.
