Moshed menambah, NFT membolehkan pelbagai masalah berbangkit seperti isu royalti yang sebelum ini mengundang perdebatan hebat.
“Menerusi NFT ini juga kita mahu mencetuskan revolusi baharu buat pengkarya seni untuk mempelbagaikan pendapatan daripada karya filem dihasilkan.
“NFT diperkenalkan juga untuk mendidik orang ramai sebagai ‘financial market media’ untuk melakukan benda yang diterima ramai. Kita mahu mendidik mereka yang menonton filem ini untuk sertai NFT.
“Kita mahu wujudkan komuniti ini dengan mengajar dan mendedahkan mereka fasal NFT sekitar tiga keempat bulan. Bukan sekadar ‘melabur’ beli NFT begitu saja, tapi kita mahu mereka memahami ilmu dan kepentingannya.
“Kita mulakan dengan projek filem ini sebagai mukadimah. Kita sasar 50,000 komuniti NFT ini di Malaysia dapat diraih dalam masa terpantas,” katanya.
Katanya lagi, menerusi Intraday, pelbagai instrumen seperti kadar tukaran saham, pembelian emas dan pelaburan lain mahu disebar luaskan.
“Harus diingat…