Hot FM

IPCC belum terima aduan salah laku polis dalam kes Yusoff Rawther


Yusoff Rawther
Yusoff Rawther dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengedar dadah dan memiliki pistol tiruan pada 2025.
PETALING JAYA:

Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) belum menerima sebarang aduan salah laku terhadap pegawai polis yang menjalankan siasatan berhubung pertuduhan terhadap bekas pembantu penyelidik, Yusoff Rawther.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata IPCC akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya menerima aduan berhubung perkara itu.

“Sehingga kini, IPCC belum menerima sebarang aduan berkaitan salah laku pegawai polis terbabit,” katanya dalam jawapan bertulis.

Saifuddin menjawab soalan Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) yang meminta perkembangan tindakan diambil polis susulan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Yusoff.

Pada 12 Jun 2025, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Yusoff daripada pertuduhan mengedar dadah dan memiliki pistol tiruan selepas mendapati polis gagal menyiasat dakwaannya bahawa dia diperangkap, manakala pihak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version