
PETALING JAYA: Mesin layan diri terletak di satu sudut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan sering menyaksikan barisan pelajar sabar menunggu giliran membeli makanan.
Walaupun kelihatan biasa, mesin itu memuatkan pelbagai makanan dijual pada harga kurang RM10 – mengubah kehidupan keluarga B40.
Wan Asikin Wan Hassan, 42, yang menyertai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), memasak dan mengisi stok jualan makanan di mesin layan diri berkenaan tiga kali sehari, tujuh hari seminggu.
“Boleh menambahkan pendapatan saya maksudnya kelengkapan anak (barang persekolahan) itu tak terbebanlah sebab kita dah ada pendapatan.
“Saya tidak lagi terbeban dari segi kewangan kerana kami tahu ada wang masuk,” kata isteri kepada pemandu bas itu kepada FMT.
Ibu kepada empat anak berkenaan berkata, dia memperoleh hasil jualan antara RM13,000 hingga…