Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

iQiyi turunkan 6 episod ‘Madu atau Racun’

today2 September 2026

Background


Finas CEO Azmir Saifuddin Mutalib
CEO Finas Azmir Saifuddin Mutalib berkata, iQIYI dan penerbit memohon maaf dan menerima teguran serta pandangan dalam menambah baik kandungan drama berkenaan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:

Platform penstriman iQIYI bersetuju menurunkan sementara enam episod drama Madu atau Racun yang telah disiarkan manakala baki enam episod ditangguhkan bagi membolehkan kesemua 12 episod disunting dan dinilai semula.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Saifuddin Mutalib berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas bersama iQIYI dan syarikat produksi berkenaan atas arahan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata iQIYI dan penerbit turut memohon maaf, menerima teguran, pandangan Finas serta panel penilai bagi menambah baik kandungan drama berkenaan.

“Pihak iQIYI dan penerbit bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu ini serta bersetuju menurunkan sementara episod yang telah dimuat naik,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post