

Iran mengumumkan Selat Hormuz kini ‘dibuka sepenuhnya’ untuk laluan kapal-kapal perdagangan sepanjang baki tempoh gencatan senjata selama dua minggu dengan Amerika Syarikat.
Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran di platform X oleh Menteri Luar Iran Abbas Araqchi dan disambut baik serta-merta oleh Presiden AS, Donald Trump.
Araqchi berkata: “Selaras dengan gencatan senjata di Lubnan, laluan untuk semua kapal perdagangan melalui Selat Hormuz kini dibuka sepenuhnya sepanjang baki tempoh gencatan senjata, mengikut laluan yang telah diselaraskan seperti diumumkan oleh Pertubuhan Pelabuhan dan Maritim Republik Islam Iran.”
Sebagai respons, Trump menulis: “Iran telah mengumumkan Selat Iran dibuka sepenuhnya dan sedia untuk dilalui. Terima kasih!”
Walaupun gencatan senjata selama dua…