Hot FM

Irfan Haris Mahu Abang Ipar Miliki Bakat Menyanyi & Berlakon -“Paling Penting Hero Malaya”

Penyanyi yang juga adik kepada Amira Othman iaitu Irfan Haris mendedahkan ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang lelaki untuk menjadi abang iparnya.

Menerusi perkongsian video tular di TikTok milik EMI Malaysia, Irfan memaklumkan lelaki tersebut seharusnya memiliki personaliti menarik.

Termasuklah, memiliki bakat menyanyi dan berlakon.

“Dia kena impress saya dahulu. Dia suka pakai cermin mata, suka pakai topi dan tinggi.

“Dia mestilah lebih handsome dari saya dan jadi hero Malaya,” katanya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet seakan dapat meneka kriteria tersebut dimiliki oleh pelakon kacak, Fattah Amin.

Sumber: TikTok

Exit mobile version