Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain menyatakan pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki memandu sebuah kenderaan dan diiringi oleh dua anggota polis trafik menggunakan motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jalan Bukit Gambir, dekat sini.
Pihaknya juga telah membuka satu kertas siasatan tatatertib ke atas dua anggota polis negeri itu susulan video yang tular di media sosial sejak hari semalam.

Sumber Gambar: Facebook PDRM Pulau Pinang
“Pada Sabtu (semalam) kira-kira 8.36 malam terkesan satu rakaman video yang tular berdurasi 20 saat, dimuat naik oleh pemilik akaun anwarazeez dan rakaman tersebut memaparkan seorang lelaki (orang awam) memandu sebuah kenderaan dan diiringi dua anggota polis trafik menggunakan motosikal milik PDRM.
“Pihak Kontinjen Pulau Pinang mengesahkan berkenaan kejadian yang…